Bermula dengan langkah pertama

Bermula dengan langkah pertama
Jika bukan kita siapa lagi? ayuh!! pemuda-pemuda pewaris anbiya mengasak hingga tiada ruang bagi jahilliyah terperosok!

Friday 30 December 2011

MUJAHADAH??-manusia dan mujahadah..

mujahadah..erm semua org tahu , melawan nafsu, tapi apa sebenarnya disebalik kata mujahadah tersebut??




istilah mujahadah yang asalnya daripada kata "Jihad" yang membawa  erti berusaha dengan segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan pada jalan yang diyakini benar.  Mujahadah senang kata, rela meninggalkan sesuatu yang kita sukai untuk perkara yang di kita yakin itu benar.  contohnya, kita sangat suka  tidur.  Seperti mana yang kita tahu, tidur itu ibadah, tapi kalau terlebih tidur itu agak melampau la kan, Nabi juga pernah bersabda.. bersederhana lah kita didalam segala hal..ini kes nak bangun subuh la nih..tahu kah kamu skalian kita seorg yg hebat bila kita dapat melawan nafsu daripada meneruskan tidur..orang munafik (pura-pura) je yang takkan bangun untuk solat subuh..tapi kalau kamu sekalian bangun untuk subuh sebab fikir solat belum lagi dilakukan, takut murka Allah, erti nya kamu sedang bermujahadah..memang kamu semua suka sangat tidur..di sebabkan ada kekuatan itu, serta kesungguhan untuk melakukan solat, kamu berjaya melawannya..yeah!..ingat, ikhlas kerana Nya ea!

Tahukah kamu sekalian? itu adalah salah satu prinsip asas dalam menentang nafsu dalam diri.. ye! nafsu perlu dibabani dengan ibadah..senang cerita apa yang kita suka lakukan yang bawa kepada keburukan itu, itu la nafsu.. yang kita suka itu walaupun membawa kita kepada kebinasaan..nafsu merupakan musuh yang sgt merbahaya..jika sgt kita cintai sesuatu, kita akan menjadi buta..yang jahat dilihat baik..kerana terbiasa dah jadi habit la lebih kurang..kita jinak-jinakkannya dengan kebaikan.. insyaAllah berhasil.. sekiranya dilakukan secara istiqamah (praktik) dan akan menuntun kita..dengan berpuasa juga adalah satu cara mendidik hati supaya sekat kemaraan nafsu.. selain melatih diri bersabar, 


Indah sebenarnya Islam itu jika di jadikan sebagai addin (cara hidup)..subhanAllah..selain itu, tawakkal, kamu banyakkan berdoa supaya ditabahkan hati, dikuat diri dalam usaha melawan nafsu..Allah kan Maha Mendengar..


Banyak sebenarnya doa- doa yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w dalam mujahadah melawan nafsu.
"Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan.  Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."




semoga bermanfaat! sama-sama kita amalkan






-mujahidah
p/s: harap perbetul jika ada kesalahan..
ruj: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi