Bermula dengan langkah pertama

Bermula dengan langkah pertama
Jika bukan kita siapa lagi? ayuh!! pemuda-pemuda pewaris anbiya mengasak hingga tiada ruang bagi jahilliyah terperosok!

Thursday 15 November 2012

Hari-hari berlalu tanpa tarbiyyah.. oh! sungguh sepi

Dari jauh aku memandang, tadabbur Qalam Mu Rabb, alam dunia indah mempersona !






Hari ini teringat, satu ketika dimana seorang sahabat mengingatkan.. " dalam hidupan mesti ada matlamat capaian hidup", huh, kalau tak kemana lah hidup.  Tak ada erti hidup. Ya, sungguh senang jika ianya tidak disertakan keringat dengan sepenuhnya.  Sudah lama sebenarnya tidak mengarang. Banyak yang aku belajar dalam tempoh setahun tanpa aku menukilkan kata di dalam laman blog yang mana merupakan nilaian sedikit bagi aku tuai hasilnya di akhirat kelak.  Ya Allah Ya Robb, sudah setahun sebenarnya nilaian penulisan aku di alam maya ini.  Mudahan jadi penulisan ini bermanfaat kepada orang lain.  Tak banyak post yang aku mampu tuaikan.  Ada yang lebih aula. Hurm, tapi main point aku kat sini nak cerita The words of TARBIYYAH, sebenarnya banyak mengajar aku ,didik aku jadi manusia sebenarnya, dalam kata mudahnya beri aku makna hidup. Aku sekarang hidup dengan tarbiyyah.  Aku tinggalkan segala hidup jahil aku kerana tarbiyyah.  Tarbiyyah kalau dapat rasai sendiri, memang nikmat kurnia Allah sebenarnya.  Selama aku hidup di kampus, banyak kenangan zaman silam aku di persekolahan aku tinggalkan.  Berdikari tanpa ayah dan mak. Sejak kali pertama aku jejaki kehidupan kampus aku cuba membebaskan diri dari keinginan darah muda.  Aku cuba mencari.  Alhamdulillah, pencarian aku walau hanya singkat. Tapi amatlah bermakna.  Seorang sahabatku ungkapkan di laman sosialnya .."Jalan Allah untuk mentarbiyyah hambanya cukup cantik dan sempurana..".  Masing-masing makhluk yang Allah cipta ada caturan hidupnya sendiri.  Aku dengan caranya aku Allah mentarbiyyah diri aku.  Ditambah pula, persekitaran kehidupan yang Addin di bumi kampus yang ku cintai ini memahat seribu satu nikmat tak ternilai harganya! Aku jumpa pelbagai jenis ragam manusia.  Mematangkan buah fikiran aku.  Bermulalah hanya dengan kosongnya diri aku ini. Hidup serba dhaif ilmu ukhrawi, kotak pemikiran yang kecil.  Tarbiyyah pertama yang aku lalui mengubah segala persepsi kitaran minda aku.  Subhanallah, molek juga kiranya persekitaran kampus ini menjadi gedung-gedung minda mahasiswa yang memanafaatkan gaya hidup yang mematangkan pemikiran, cara pemikiran meluas, tidak jumud.  Membuka minda sepertimana Allah kurniakan hidayah dan taufik Nya kepada hamba-hamba yang dikehendaki. kata seorang sahabat: "..ayuh menjadi mahasiswa mahasiswi.."

Dikiranya, tarbiyyah aku terima banyak menceritakan detik-detik yang mulanya pahit. Tetapi, itu lah sebenarnya TARBIYYAH yang aku kenal!