Bermula dengan langkah pertama

Bermula dengan langkah pertama
Jika bukan kita siapa lagi? ayuh!! pemuda-pemuda pewaris anbiya mengasak hingga tiada ruang bagi jahilliyah terperosok!

Sunday 30 December 2012



Keliru? dia atau Dia?




Jika kamu MENANGIS kerana lelaki, berhenti dan cuba FIKIR kembali.. 


Adakah sebenarnya cinta dia yang kamu cari atau cintaNya? Adakah yang bertapak di hatimu betul-betul cinta sejati atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS? Benda manis pun ada tarikh luputnya tahu?


Adakah insan seperti ini yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak? Boleh pandu BAHTERA keluargamu ke arah REDHANYA? Boleh MEYAYANGI kamu sepenuh hati, terima seadanya CACAT CELA? 


Kesat air mata itu..sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING, sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI.. lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk lelaki itu..BERSABARLAH, berhenti menangis, berhenti berharap pada yang tidak pasti.. YAKIN dengan JANJI Allah..orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK..


Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) 


so? apa tindakan korang yang terjebak d dalam kancah merbahaya ini?


answer it by yourself!



Saturday 15 December 2012

Niat? Hadis pertama karangan Imam Nawawi


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Pekerjaan yang paling ikhlas adalah pekerjaan yg tidak mengharapkan apa-apa balasan, melainkan keredhaan Allah.Tidak mengharapkan apa-apa walaupun ucapan terima kasih.
Ce belek Al-Quran sat. [76:9]

Ikhlas? Dari perkataan ini senang sahaja diungkap daripada fizikal mulut manusia.  “aku ikhlas nih.. amik je lah..” siapa kita menilai keikhlas diri yang hina ini. Adakah dengan   menzahirkan ikhlas memberikan kita sebenarnya ikhlas sepenuhnya? Ikhlaskah kita pabila menzahirkannya?Atau menzahirkan ikhlas hanya untuk kepentingan tertentu?  Itu bukan ikhlas dah tu.  Refleksi balik  Woha!
Apabila di ‘rotate’ ianya bergantung kepada nawaitu masing-masing. Di dalam perumpamaan ada menyebut ikhlas itu umpama semut hitam yang berada di atas batu hitam di malam yang kelam. Hah! Nampak tak ‘permainan’ kat situ.

Baik, mungkin korang dah nampak.  Boleh lihat sendiri dar iini, macam-macam persepsi, right?  Okeh, ikhlas memang susah nak nampak. Wallahualam, Allah sahaja yang Maha tahu.  Sebab itu kita tidak boleh menilai keikhlasan orang lain. Dan aku pernah dengar ‘keikhlasanakan terbit hasil daripada keterpaksaan’.  Aku tak pasti sejauh mana ketepatan fakta tersebut.  Mungkin kajian telah menyelongkar ketepatan fakta tu.  Ikhlas macam halimunan, memang susah nak nampak.

Berbalik kepada niat tadi, “innamal a’malu binniyyat” :every our act is based in their ‘nawaitu”. (Hadis pertama karangan Imam Nawawi yang pernah aku ajarkan pada adik-adik before masuk kampus. zaman silam aku).  Apa yang boleh katakan disini perlu ada refleksi diri, bagaimana kita tetapkan di dalam minda yakni tujuan atau matlamat.  Kerana apa yg kita lakukan berdasarkan adalah dari niat/matlamat kita.
Berdasarkan pengalaman diri aku.   Keikhlasan diri akan menguji balik diri kita apabila kita tidak tepat dalam menentukan matlamat/niat kita. Jadi, dari situ aku belajar sesuatu.  Pesan sahabat kepada aku dan dia selalu ingatkan aku, bila di ‘tempat orang’.  Cepat-cepat perbaharui niat.  Buat sesuatu dengan IKHLAS berdasarkan NIAT =  ikhlaskan niat. IKHLAS + NIAT= IKHLASKAN NIAT.  Formula math yang baru.  Woha!.

The most importante is..INGAT! ‘Pilih’atau pasang niat yang betul-betul memberikan pulangan yang menguntungkan kepada ANDA. Choice is in your hands! Masih punya IMAN, pilihlah yang terbaik. Wallahualam.