Bermula dengan langkah pertama

Bermula dengan langkah pertama
Jika bukan kita siapa lagi? ayuh!! pemuda-pemuda pewaris anbiya mengasak hingga tiada ruang bagi jahilliyah terperosok!

Saturday 15 December 2012

Niat? Hadis pertama karangan Imam Nawawi


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Pekerjaan yang paling ikhlas adalah pekerjaan yg tidak mengharapkan apa-apa balasan, melainkan keredhaan Allah.Tidak mengharapkan apa-apa walaupun ucapan terima kasih.
Ce belek Al-Quran sat. [76:9]

Ikhlas? Dari perkataan ini senang sahaja diungkap daripada fizikal mulut manusia.  “aku ikhlas nih.. amik je lah..” siapa kita menilai keikhlas diri yang hina ini. Adakah dengan   menzahirkan ikhlas memberikan kita sebenarnya ikhlas sepenuhnya? Ikhlaskah kita pabila menzahirkannya?Atau menzahirkan ikhlas hanya untuk kepentingan tertentu?  Itu bukan ikhlas dah tu.  Refleksi balik  Woha!
Apabila di ‘rotate’ ianya bergantung kepada nawaitu masing-masing. Di dalam perumpamaan ada menyebut ikhlas itu umpama semut hitam yang berada di atas batu hitam di malam yang kelam. Hah! Nampak tak ‘permainan’ kat situ.

Baik, mungkin korang dah nampak.  Boleh lihat sendiri dar iini, macam-macam persepsi, right?  Okeh, ikhlas memang susah nak nampak. Wallahualam, Allah sahaja yang Maha tahu.  Sebab itu kita tidak boleh menilai keikhlasan orang lain. Dan aku pernah dengar ‘keikhlasanakan terbit hasil daripada keterpaksaan’.  Aku tak pasti sejauh mana ketepatan fakta tersebut.  Mungkin kajian telah menyelongkar ketepatan fakta tu.  Ikhlas macam halimunan, memang susah nak nampak.

Berbalik kepada niat tadi, “innamal a’malu binniyyat” :every our act is based in their ‘nawaitu”. (Hadis pertama karangan Imam Nawawi yang pernah aku ajarkan pada adik-adik before masuk kampus. zaman silam aku).  Apa yang boleh katakan disini perlu ada refleksi diri, bagaimana kita tetapkan di dalam minda yakni tujuan atau matlamat.  Kerana apa yg kita lakukan berdasarkan adalah dari niat/matlamat kita.
Berdasarkan pengalaman diri aku.   Keikhlasan diri akan menguji balik diri kita apabila kita tidak tepat dalam menentukan matlamat/niat kita. Jadi, dari situ aku belajar sesuatu.  Pesan sahabat kepada aku dan dia selalu ingatkan aku, bila di ‘tempat orang’.  Cepat-cepat perbaharui niat.  Buat sesuatu dengan IKHLAS berdasarkan NIAT =  ikhlaskan niat. IKHLAS + NIAT= IKHLASKAN NIAT.  Formula math yang baru.  Woha!.

The most importante is..INGAT! ‘Pilih’atau pasang niat yang betul-betul memberikan pulangan yang menguntungkan kepada ANDA. Choice is in your hands! Masih punya IMAN, pilihlah yang terbaik. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment