Bermula dengan langkah pertama

Bermula dengan langkah pertama
Jika bukan kita siapa lagi? ayuh!! pemuda-pemuda pewaris anbiya mengasak hingga tiada ruang bagi jahilliyah terperosok!

Monday 21 October 2013

Oh muet!

Bismillahirahmanirrahim



Haru Biru+Kuning = HIJAU hati aku. muet test dah datang. Sengaja nak kongsi. Oh muet, please be good to me. adeh! asik-asik broken English ja. huhu, macam-macam ragam contoh muet telah aku selongkar di internet, blog, tanya je uncle google. Sat ja keluaq.  Poin dia yang aku jumpa sama je. Practice make perfect! tu ja keyword dia ( ceh, montang-montang nak speaking, semuanya ayat entry post abes English dah!).  Yang penting ada sumber benar-benar yang sahih, tanpa shubhah! untuk dirujuk.

Heh!MUET! Lusa masa aku dah dekat.  Time is too cemburu pada aku (ceh mengada).  Sekejap berlalu. Tapi, itu bukan poin aku untuk entry kali ini, mungkin masa akan datang.  Hurmm, puas aku cari, tapi tak jumpa.

Dari pencarian aku selama beberapa hari ini. Aku cuba cari apa yang aku nak.  TAAPIII, aku tak jumpa. Ada masanya kadang-kadang jumpa tapi tak jelas.  Ini macam kes pencarian cari format muet. huhu. Bunyi sama, tapi lain-lain nada.  Sama juga la kita hidup kat dunia Allah, i mention it again MILIK ALLAH nih.  Kadang-kadang memberontak nak itu, ini, tapi Allah minta kita buat, kita tinggalkan kadang-kadang beralasan.  Yang dilarang, laju malaun je buat..  Tak sedar, disebaliknya ada hikmah tersirat.  Apa yang kita selalu paham, Tuhan uji kita sebab Dia tak sayang kita, tak nak tolong kita.  Tapi sebenarnya Allah janjikan sesuatu yang lebih bagus, gempak, mantop and etc. dari apa yang kita impikan sebenarnya.  Contoh, muet, result mahu meletop, BAND 10.( Tudia hah! berangan awal-awal), tapi result asal bila dah keluar.  tak seperti yang di jangka. anda mendapat BAND #6.  (kuciwa seluruh raga, melepas aku nak sambung law).   Heh.  ~Mood Serius.  Salahkan orang.  Salahkan kucing. Salah kan ..tet. "Ini semua salah si N!".  Abaikan.  yang paling tak boleh terima setelah minta kat Dia, salahkan Tuhan pulak! Nauzubillah.  Ini dah kes bahaya.  Dah mula pula berdalih.  Silap-silap lari akidah.  Ya Allah jauhilah aku.

Jadi, konklusi yang sesuai, jangan mudah melatah sekira permintaan kita Allah tangguh, tak makbul.  HE is THE BEST PLANNER, yakin janji ALLAH! mungkin hikmah kita peroleh dari BAND yang kita dapat tu sebab tak cukup quorum  dalam BERUSAHA, kurang bersyukur nikmat lain. Kadang, mungkin pencarian aku kadang tak cukup setakat di internet bagi kebiasaan orang masih mencari-cari. Mungkin sumber-sumber pencarian kita tu ada unsur-unsur malaun, tak berkat dan sebagainya.  Atau masih banyak cacat cela.



Pergi lah balik dan latih.( go back and practice).  Kan cantik nilaian yang Allah bagi pada kita, suruh nilai, muhasabah.  Dalam tak sedar.  Nilaian itu sebenarnya Allah nak tunjuk pada kita.  Bukankah indah seperti itu?  ALHAMDULILLAH. "Yang nih la aku cari sebenarnya kan?" keluh Si J.


AMARAN:

1.  BAND muet yang di mention diatas bukanlah BAND yang pernah wujud didalam muet kat Malaysia.  Mungkin negara lain kot. UET lain kot.
2. Nantikan entry sharing-sharing is caring sambungan entry kisah muetku.
3. Segala salah faham, kecelaruan entry kali ini,  awal-awal mintak maaf,  Just take the ibrah, (entry merepek penah dibuat sebelum muet).

No comments:

Post a Comment