Dari jauh aku memandang, tadabbur Qalam Mu Rabb, alam dunia indah mempersona !
Hari ini teringat, satu ketika dimana seorang sahabat mengingatkan.. " dalam hidupan mesti ada matlamat capaian hidup", huh, kalau tak kemana lah hidup. Tak ada erti hidup. Ya, sungguh senang jika ianya tidak disertakan keringat dengan sepenuhnya. Sudah lama sebenarnya tidak mengarang. Banyak yang aku belajar dalam tempoh setahun tanpa aku menukilkan kata di dalam laman blog yang mana merupakan nilaian sedikit bagi aku tuai hasilnya di akhirat kelak. Ya Allah Ya Robb, sudah setahun sebenarnya nilaian penulisan aku di alam maya ini. Mudahan jadi penulisan ini bermanfaat kepada orang lain. Tak banyak post yang aku mampu tuaikan. Ada yang lebih aula. Hurm, tapi main point aku kat sini nak cerita The words of TARBIYYAH, sebenarnya banyak mengajar aku ,didik aku jadi manusia sebenarnya, dalam kata mudahnya beri aku makna hidup. Aku sekarang hidup dengan tarbiyyah. Aku tinggalkan segala hidup jahil aku kerana tarbiyyah. Tarbiyyah kalau dapat rasai sendiri, memang nikmat kurnia Allah sebenarnya. Selama aku hidup di kampus, banyak kenangan zaman silam aku di persekolahan aku tinggalkan. Berdikari tanpa ayah dan mak. Sejak kali pertama aku jejaki kehidupan kampus aku cuba membebaskan diri dari keinginan darah muda. Aku cuba mencari. Alhamdulillah, pencarian aku walau hanya singkat. Tapi amatlah bermakna. Seorang sahabatku ungkapkan di laman sosialnya .."Jalan Allah untuk mentarbiyyah hambanya cukup cantik dan sempurana..". Masing-masing makhluk yang Allah cipta ada caturan hidupnya sendiri. Aku dengan caranya aku Allah mentarbiyyah diri aku. Ditambah pula, persekitaran kehidupan yang Addin di bumi kampus yang ku cintai ini memahat seribu satu nikmat tak ternilai harganya! Aku jumpa pelbagai jenis ragam manusia. Mematangkan buah fikiran aku. Bermulalah hanya dengan kosongnya diri aku ini. Hidup serba dhaif ilmu ukhrawi, kotak pemikiran yang kecil. Tarbiyyah pertama yang aku lalui mengubah segala persepsi kitaran minda aku. Subhanallah, molek juga kiranya persekitaran kampus ini menjadi gedung-gedung minda mahasiswa yang memanafaatkan gaya hidup yang mematangkan pemikiran, cara pemikiran meluas, tidak jumud. Membuka minda sepertimana Allah kurniakan hidayah dan taufik Nya kepada hamba-hamba yang dikehendaki. kata seorang sahabat: "..ayuh menjadi mahasiswa mahasiswi.."
Dikiranya, tarbiyyah aku terima banyak menceritakan detik-detik yang mulanya pahit. Tetapi, itu lah sebenarnya TARBIYYAH yang aku kenal!
"Pain makes a human more 'humane'. The more 'pain' we feel the better it is for us. Be worried if your life seems so perfect.
Thursday, 15 November 2012
Friday, 30 December 2011
MUJAHADAH??-manusia dan mujahadah..
mujahadah..erm semua org tahu , melawan nafsu, tapi apa sebenarnya disebalik kata mujahadah tersebut??
istilah mujahadah yang asalnya daripada kata "Jihad" yang membawa erti berusaha dengan segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan pada jalan yang diyakini benar. Mujahadah senang kata, rela meninggalkan sesuatu yang kita sukai untuk perkara yang di kita yakin itu benar. contohnya, kita sangat suka tidur. Seperti mana yang kita tahu, tidur itu ibadah, tapi kalau terlebih tidur itu agak melampau la kan, Nabi juga pernah bersabda.. bersederhana lah kita didalam segala hal..ini kes nak bangun subuh la nih..tahu kah kamu skalian kita seorg yg hebat bila kita dapat melawan nafsu daripada meneruskan tidur..orang munafik (pura-pura) je yang takkan bangun untuk solat subuh..tapi kalau kamu sekalian bangun untuk subuh sebab fikir solat belum lagi dilakukan, takut murka Allah, erti nya kamu sedang bermujahadah..memang kamu semua suka sangat tidur..di sebabkan ada kekuatan itu, serta kesungguhan untuk melakukan solat, kamu berjaya melawannya..yeah!..ingat, ikhlas kerana Nya ea!
Tahukah kamu sekalian? itu adalah salah satu prinsip asas dalam menentang nafsu dalam diri.. ye! nafsu perlu dibabani dengan ibadah..senang cerita apa yang kita suka lakukan yang bawa kepada keburukan itu, itu la nafsu.. yang kita suka itu walaupun membawa kita kepada kebinasaan..nafsu merupakan musuh yang sgt merbahaya..jika sgt kita cintai sesuatu, kita akan menjadi buta..yang jahat dilihat baik..kerana terbiasa dah jadi habit la lebih kurang..kita jinak-jinakkannya dengan kebaikan.. insyaAllah berhasil.. sekiranya dilakukan secara istiqamah (praktik) dan akan menuntun kita..dengan berpuasa juga adalah satu cara mendidik hati supaya sekat kemaraan nafsu.. selain melatih diri bersabar,
Indah sebenarnya Islam itu jika di jadikan sebagai addin (cara hidup)..subhanAllah..selain itu, tawakkal, kamu banyakkan berdoa supaya ditabahkan hati, dikuat diri dalam usaha melawan nafsu..Allah kan Maha Mendengar..
Banyak sebenarnya doa- doa yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w dalam mujahadah melawan nafsu.
"Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."
semoga bermanfaat! sama-sama kita amalkan
-mujahidah
p/s: harap perbetul jika ada kesalahan..
ruj: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Monday, 14 November 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)