Bermula dengan langkah pertama

Bermula dengan langkah pertama
Jika bukan kita siapa lagi? ayuh!! pemuda-pemuda pewaris anbiya mengasak hingga tiada ruang bagi jahilliyah terperosok!

Monday, 15 June 2015

MODUL TERJAH ISU PELEMBAGAAN

BACA DAN PERHALUSI BAB YANG ANDA DAPAT

Tajuk yang kumpulan kami perolehi terkandung dalam buku Sejarah Malaysia dalam konteks hubungan etnik, bab 3 (Perlembagaan Persekutuan Tiang Seri Hubungan etnik.  Kami dikehendaki mengkaji berkaitan dengan Unsur tradisi dan Perlembagaan.  Terdapat banyak kesan peninggalan orang Inggeris di tanah Melayu, salah satu daripadanya adalah perlembagaan.  Ini dapat dilihat apabila terdapat beberapa unsur pemerintahan Inggeris yang pernah diamalkan telah diserap masuk ke dalam perlembagaan, sebagai contoh: Jentera Kerajaan, Parlimen, dan Kewarganegaraan sebagai “unsur moden”.  Manakala, institusi raja, bahasa Melayu, hak istimewa, dan agama Islam dikekalkan sebagai “unsur-unsur tradisi” pra-british.
Unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan terbahagi kepada empat iaitu, bahasa kebangsaan, agama persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, dan pemerintahan beraja.  Kesemua unsur ini telah lama wujud iaitu kira-kira ratusan tahun dahulu sebelum perlembagaan ditubuhkan pada tahun 1975.  Unsur tradisi ini merupakan prasyarat dan permuafakatan yang telah dipersetujui antara orang Melayu dengan bukan Melayu.  Tujuan unsur-unsur tradisi ini diadakan adalah untuk menstabilkan sistem politik Negara pada ketika itu.
Etnik bukan melayu perlu mengakui tentang beberapa perkara iaitu hak keistimewaan orang melayu, Islam sebagai agama persekutuan dan bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai prasyarat penerimaan hak kewarganegaraan.  Melalui prasyarat yang telah ditetapkan ini, dapat membuktikan bahawa pemimpin terdahulu telah mengaplikasikan satu formula penyelesaian masalah rakyat yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik.  Turut tidak dikesampingkan, bumiputera Sabah dan Sarawak juga mendapat hak dan status yang sama seperti orang Melayu.
KENALPASTI ISU-ISU SEMASA DALAM SKOP BAB YANG ANDA DAPAT

Berdasarkan daripada tajuk bab yang kami perolehi iaitu berkaitan unsur-unsur tradisi dan perlembagaa, kami dapati terdapat banyak isu-isu semasa yang mempunyai kaitan dengan perlembagaan masa kini.  Hal ini meliputi pelbagai aspek baik dari segi agama, hak keistimewaan orang melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa melayu mahupun isu raja berperlembagaan.  Di dalam perlembagaan negara terdapat empat unsur-unsur tradisi yang perlu diambil cakna oleh setiap lapisan masyarakat majmuk di Malaysia.  Ianya ialah berkaitan dengan raja berperlembagaan yang di sebut di dalam perkara 38, agama Islam sebagai agama persekutuan yang di sebut di dalam perkara 3, bahasa melayu sebagai bahasa rasmi yang di sebut di dalam perkara 153 dan hak keistimewaan orang melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak yang di sebut di dalam perkara 152. 
Antara isu-isu semasa yang boleh kita kaitkan ialah isu mengenai tahap kecaknaan dan kepekaan golongan mahasiswa terhadap isu-isu semasa yang seharusnya di ambil serius oleh mereka khususnya.  Contohnya, seperti isu murtad di kalangan orang Islam, isu ajaran sesat yang semakin berleluasa, isu sensitiviti perkauman, isu hudud dan sebagainya.  Hal ini seharusnya di ambil cakna oleh golongan mahasiswa khususnya selaku golongan yang celik ilmu bagi mematangkan pemikiran mereka.  Hal ini di tambah pula dengan kurangnya sifat ingin tahu dan membaca di kalangan mereka. 
Berkaitan isu perlembagaan, tidak semua golongan mahasiswa cakna berkaitan adanya akan 4 unsur-unsur tradisi di dalam perlembagaan negara.  Unsur-unsusr tradisi yang dimaksudkan ialah institusi raja berperlembagaan, agama Islam sebagai agama persekutuan, bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dan hak keistimewaan orang melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

Terkadang kita melihat, mengapakah isu perkauman yang menyentuh soal sensitiviti kaum boleh timbul dengan begitu sahaja tanpa memahami akan isi perlembagaan itu sendiri.  Isu hak keistimewaan orang melayu misalannya tidak boleh dipertikaikan lagi kerana ianya telah dipersetujui di dalam perlembagaan Malaysia.  Selain itu, negara yang berbilang bangsa akan menghadapi masalah dalam menentukan bahasa kebangsaan.  Bahasa penting kerana ianya berkait rapat dengan ideologi, nasionalisme, integrasi nasional dan identiti nasional itu sendiri.  Oleh sebab itu, bahasa melayu telah menjadi bahasa rasmi di dalam perlembagaan Malaysia namun ianya telah mendapat tentangan dari sesetengah pihak sekitar tahun 60-an. 
Dasawarsa ini, pelbagai fahaman dan ideologi mulai masuk ke dalam pemikiran masyarakat di Malaysia.  Antaranya ialah istilah Pluralisme yang membawa maksud menyamaratakan antara semua agama yang ada di Malaysia.  Hal ini amatlah bercanggah dengan perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan bahawa hanya agama Islam sahaja sebagai agama yang paling utama di Malaysia.  Fahaman seperti ini telah menular di kalangan orang melayu yang beragama Islam yang mana mereka ini digelar sebagai golongan Islam Liberal.  Liberal bermaksud kebebasan untuk beragama, dalam erti kata lain keluar-masuk agama.  Mengapakah perkara seperti ini boleh terjadi dan apakah peranan kita sebagai umat Islam dalam menangani isu seperti ini?
Selain daripada isu yang melibatkan agama Islam, kita juga seharusnya faham akan institusi raja berperlembagaan di Malaysia.  Negara kita amat berbeza jika di bandingkan dengan negara Brunai Darussalam.  Di sana, sultan mereka memerintah secara monarki yang bermaksud segala keputusan adalah berada di tangan sultan, contohnya seperti perlaksanaan hukum hudud di negara Brunai.  Ini amatlah berbeza jika ingin di bandingkan dengan kondisi negara kita yang mana walaupun raja sebagai pemerintah tertinggi tetapi segala apa yang ingin diputuskan oleh raja, hendaklah tidak bercanggah dengan perlembagaan.  Hal ini demikian kerana negara kita adalah negara demokrasi.
Hal ini juga membuktikan bahawa betapa luhurnya sesebuah perlembagaan itu yang mana kedudukannya lebih tinggi daripada kuasa raja.  Walaubagaimanapun, sesuatu perlembagaan itu tidak bersifat kekal tetapi ianya boleh sahaja mengalami suatu fasa perubahan sekiranya ianya mendapat sokongan daripada 2/3 suara parlimen.  Tetapi bagi mendapatkan 2/3 sokongan itu bukanlah suatu perkara yang mudah  kerana ianya melibatkan perkara dasar bagi sesebuah pentadbiran sesebuah negara.


PILIH SATU ISU UTAMA YANG ANDA MINATI

Isu yang menjadi pilihan kami ialah isu mengenai tahap kecaknaan golongan mahasiswa terhadap isu-isu semasa yang mempunyai hubung kait dengan perlembagaan negara kita.  Kami ingin memberi penekanan kepada golongan mahasiswa akan betapa pentingnya kita sebagai golongan mahasiswa supaya cakna akan isu semasa.  Hal ini demikian kerana sebagai golongan yang celik ilmu, kita seharusnya menjadi ejen pemberi kefahaman dan menyampaikan akan situasi terkini yang berlaku di negara kita kepada masyarakat di luar sana amnya mahupun kepada sesama golongan mahasiswa khususnya. 
Selain itu, selain daripada mahir dalam bidang yang mereka ceburi, mahasiswa hendaklah mematangkan pemikiran dengan memikirkan isu-isu berkait rapat dengan masalah yang melibatkan negara, agama dan bangsa.  Hal ini akan menjadikan seseorang itu lebih berfikiran rasional dan tidak mudah melatah apabila sesuatu isu itu timbul di kalangan masyarakat di luar sana.  Penekanan juga diberikan dari sudut pemperolehan sumber mengenai sesuatu isu yang timbul.  Sekiranya kita hendak memperolehi sesuatu ilmu pengetahuan ataupun pendapat, kita hendaklah mengambil dari pelbagai sumber agar kita tidak hanya tertumpu kepada satu sumber sahaja.  Hal ini demikian kita akan melihat pelbagai pendapat daripada pelbagai pihak. 
Di dalam modul kami, kami akan mengambil isu-isu yang berkaitan dengan unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan Malaysia yang merangkumi perkara 3, perkara 152, perkara 153 dan perkara 38.  Setiap dari satu unsur-unsur tersebut akan kami sentuh satu isu yang berkaitan dengannya.  Bagi perkara 38 yang menyatakan berkaitan pemerintahan beraja, kami telah memilih isu berkaitan sikap kritis dan protes terhadap institusi beraja di negara kita.  Bagi perkara 3 pula yang menyatakan berkaitan agama Islam sebagai agama persekutuan negara, kami telah memilih untuk mengupas isu berkaitan fahaman Pluralisme yang semakin menular di kalangan orang Islam kini.  Seterusnya, untuk perkara 152 yang menyebut tentang bahasa melayu sebagai bahasa rasmi, kami memilih isu berkaitan terdapatnya lambakan iklan berbahasa Inggeris sama ada yang sepenuhnya berbahasa Inggeris atau  “bahasa rojak” yang masih berlaku dari dahulu sehingga sekarang.  Dan yang terakhir, bagi perkara 153 yang menyebut mengenai hak keistimewaan orang melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, kami memilih untuk mengupas isu berkaitan sensitiviti antara kaum yang pernah tercetus sebelum ini.


BINAKAN MODUL PENYELESAIAN DAN LAKSANAKAN MODUL
Objektif modul ini adalah :
·         Mewujudkan kesedaran tentang isu berkaitan perlembagaan dalam kalangan mahasiswa.
·         Meningkatkan kefahaman serta mentaliti golongan mahasiswa kini.
·         Melahirkan mahasiswa yang berjiwa patriotisma.


Prosedur perlaksanaan modul Terjah Isu Perlembagaan ialah :
1)      Mencari dua sukarelawan terdiri daripada pelajar di UiTM Puncak Alam.
2)      Memberi sukarelawan tajuk mengenai isu-isu yang terdapat di Malaysia yang perlu mereka baca atau kaji dari pelbagai sumber seperti buku ataupun internet.
3)      Membuat susulan demi susulan kepada sukarelawan mengenai pembacaan mereka sepanjang tempoh yang diberikan untuk mereka membaca.
4)      Setelah tamat tempoh yang diberikan, kami menanyakan dan juga mendapatkan input secara keseluruhan yang mereka dapat dari pembacaan mereka.


Di dalam Modul Terjah Isu Perlembagaan ini terdapat beberapa nilai utama.  Antara nilai utamanya adalah :
o   Individu mula sedar bahawasanya sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengambil tahu isu-isu semasa yang berlaku dalam negara.  Kesedaran ini juga termasuk mengambil berat perkembangaan mengenai perkara yang terjadi di dalam Malaysia dan tidak boleh mengambil ringan tentang hal-hal yang penting.  Ini kerana, apabila pelancong dari luar negara ingin bertanya mengenai hal atau perkara di dalam negara, sekurang-kurangnya individu tersebut boleh menjawab.
o   Individu dapat menambahkan ilmu pengetahuan.  Dengan membaca dan mencari informasi terkini sama ada di akhbar harian ataupun di laman sesawang, individu itu dapat meningkatkan pengetahuan yang sedia ada serta dapat memperolehi ilmu baru yang boleh dipelajari.
o   Individu saling ingat mengingati antara satu sama lain.  Modul ini boleh membuatkan individu mengingatkan rakan-rakan mereka mengenai isu semasa yang berlaku di dalam Malaysia dan memberitahu mengenai perkara yang mereka telah baca.  Tambahan lagi, ini boleh membuatkan individu dapat menyampaikan dan berkongsi maklumat atau informasi yang ada kepada rakan yang lain.
o   Meningkatkan semangat patriotisma seseorang individu.  Dengan adanya sikat mengambil tahu hal negara, seseorang individu itu akan wujud perasaan cintakan Negara dan ingin mempertahankan Negara serta memperkenalkan Negara di mata dunia.


LAPORKAN PERLAKSANAAN MODUL

1) MODUL
Setelah selama empat minggu berlalu, kami telah menerima maklum balas daripada peringkat responden yang telah menjalankan modul ini.  Maklum balas yang di berikan adalah bersifat positif dan mereka menyatakan bahawa cakna akan isu semasa ini seharusnya menjadi salah satu peranan yang perlu ada pada golongan mahasiswa khususnya tatkala sibuk dengan menghadapi kuliah dan akademik.  Sebagai golongan yang celik ilmu dan professional, kita seharusnya peka dan matang akan segala isu-isu yang timbul baik di negara kita mahupun di luar negara.
Dari segi pemilihan isu bagi setiap unsur-unsur tradisi, mereka telah menyatakan bahawa ianya merupakan satu pemilihan yang bagus kerana melibatkan identiti kita sebagai orang melayu dan orang yang beragama Islam.  Dengan pelaksanaan modul yang sebegini, ianya dapat membuka minda kita dengan mengambil tahu akan isu-isu semasa, bukan sahaja dengan hanya sekadar mengetahui di peringkat permukaan sahaja malah ke peringkat dasar. 
Selain itu, mereka juga turut berkongsi isu yang mereka perolehi dari pelbagai sumber dengan rakan-rakan mereka melalui media sosial.  Ramai yang memberikan maklum balas yang baik malahan ada segelintir dari mereka yang tidak pernah tahu akan isu tersebut.  Hal ini menjadikan mereka untuk lebih lagi peka akan apa yang terjadi di sekeliling kita seperti misalannya isu iklan yang melibatkan penggunaan bahasa melayu yang semakin berkurangan.  Mungkin selama ini kita melihat ianya seperti tidak ada apa-apa, tetapi ianya amat dipandang serius oleh sesetengah pihak tertentu kerana mereka tahu mengapa ianya perlu di pandang serius. 

Responden juga turut memberikan beberapa cadangan bagi penambahbaikan dari segi keberkesanan dan perlaksanaan modul.  Antaranya ialah, mungkin selepas ini dari segi pemilihan isu yang berkaitan dengan setiap unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan adalah bebas berdasarkan pemilihan dan pencarian responden itu sendiri.  Seperti yang telah dirancangkan, isu telah ditetapkan oleh pihak perancang modul terlebih dahulu.  Selain itu, mereka juga turut memberikan cadangan agar isu yang berkenaan hanya di poskan dalam facebook atau melalui whatsapp dan lihat sejauh mana ianya mendapat maklumbalas oleh masyarakat di luar sana.  Ianya akan diposkan sendiri oleh responden dengan tajuk yang bebas tetapi masih berkaitan dengan unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan negara.
Dari segi masa atau tempoh waktu perlaksanaannya mungkin boleh dilanjutkan kepada sepanjang satu semesta agar isu itu sentiasa berjalan dan sentiasa dikongsikan bersama dan menjadi topik perbualan tidak kira sama ada ianya isu yang lalu mahupun yang terkini.

RESPON INDIVIDU YANG MELAKSANAKAN MODUL

Kumpulan kami telah bersepakat untuk mengadakan modul bertajuk “Terjah Isu Semasa”.  Kami memilih modul ini kerana timbul kesedaran dalam diri sendiri tentang kurangnya pengetahuan mahasiswa kini berkaitan isu semasa dan isu perlembagaan.  Ini terbukti apabila ada dikalangan kami yang pernah diajukan soalan oleh orang luar tentang isu semasa, tetapi dijawab dengan jawapan yang kurang pasti.  Perkara ini telah membangkitkan semangat kami untuk terus melaksanakan modul yang dapat memberi kebaikan pada diri kami dan juga umum.  Sekaligus kami turut membulatkan tekad untuk menjadi medium penyampai maklumat yang sahih untuk kemaslahatan ummah.
Kekuatan modul yang cuba diketengahkan oleh kumpulan kami adalah untuk menguji sejauh mana mahasiswa dewasa ini cakna pada isu semasa yang berlaku dalam Negara.  Pada masa yang sama, kami juga ingin menguji sejauh mana kefahaman mahasiswa terhadap perlembagaan Negara.  Fokus kami juga adalah tertumpu kepada empat perkara didalam perlembagaan iaitu perkara 3 (Islam sebagai Agama Rasmi), perkara 152 (bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan), Perkara 153 (hak istimewa orang melayu dan bumiputera sabah Sarawak) dan perkara 38 (Raja berperlembagaan).
Melalui modul ini mahasiswa dapat menambah ilmu pengetahuan mereka berkaitan isu perlembagaan sebagai penambahbaikan dalam diri mereka sebagai pemimpin masa akan datang.  Sekaligus dapat memberi kesedaran kepada mahasiswa itu sendiri bahawa tanggungjawab mereka bukanlah tertumpu kepada bidang akademik semata mata tetapi juga perlu untuk mereka celik akan isu semasa supaya tidak menjadi golongan yang terkebelakang.  Hal ini penting kerana, apabila seseorang itu cakna akan isu semasa, anasir luar susah untuk menjengah untuk merobek hak yang telah tertulis dalam perlembagaan.

Masalah yang dihadapi sepanjang pembangunan dan perlaksanaan modul
Setiap kali pembangunan dan perlaksanaan sesuatu yang baru pasti akan ada kekangannya yang tersendiri, begitu jugalah modul yang cuba kami ketengahkan, turut tidak terlepas dengan kekangan dalam membangun dan melaksanakannya.  Masalah yang dihadapi sepanjang pembangunan dan perlaksanaan modul ialah kekangan yang wujud dalam diri mahasiswa itu sendiri, kekangan masa dan kurangnya kefahaman akan isu perlembagaan.
§  Mahasiswa
Kebanyakan mahasiswa yang kami temui, agak kurang berminat akan isu semasa kerana merasakan tidak ada kepentingan untuk mereka mengetahui perihal isu semasa.  Apa yang penting hanyalah perlu menumpukan sepenuhnya pada pelajaran mereka tanpa menghiraukan apa yang berlaku disekeliling mereka dan hak hak apa yang perlu ditegakkan.
Terdapat juga mahasiswa yang berkeinginan untuk tahu tentang isu ini tetapi, malas untuk mencari maklumat yang berkenaan dan hanya mengharapkan isu ini dapat diterangkan oleh orang lain.  Dalam erti kata lain lebih suka mengetahui sesuatu isu itu dari mulut orang lain, daripada melakukan inisiatif sendiri untuk mencari tahu dan mengkaji tentang kebenaran sesuatu isu yang berlaku.
§  Kekangan Masa
Kekangan masa juga merupakan faktor utama modul ini sukar dibangun dan dilaksanakan.  Majoriti mahasiswa mengatakan mereka tiada masa untuk mengambil tahu isu ini kerana kebanyakan masa digunakan sepenuhnya untuk menyiapkan tugasan, mengulang kaji pelajaran dan mengadakan kumpulan perbincangan.  Selain itu, mahasiswa juga lebih gemar menghabiskan masa bersama telefon pintar mereka untuk bersosial daripada menghabiskan masa untuk cakna isu semasa. 
§  Kurang kefahaman
Sewaktu pelaksanaan modul ini, kami juga turut berhadapan dengan mahasiswa yang kurang faham tentang isu semasa.
Mereka juga tidak yakin dengan kefahaman yang mereka ada dan tidak tahu dimana untuk mencari rujukan berkaitan perkara ini.  Termasuklah tidak ada pengetahuan tentang orang yang sepatutnya dirujuk berkaitan isu semasa ini.  Jadi sebagai langkah selamat, mereka hanya berdiam diri dan membiarkan persoalan mereka itu terus bermain diminda mereka tanpa jawapan.

Modul mencapai objektif
Sekadar apa yang kami dapat simpulkan berdasarkan modul yang dilaksanakan kepada dua orang mahasiswa yang kami pilih, objektif modul ini telah tercapai.  Ini dapat dilihat pada diri mereka sendiri apabila mereka sudah semakin faham tentang isu semasa yang berbangkit.  Sebagai contoh: isu hudud, mengapa hudud hendak dilaksanakan di Kelantan? Jadi mereka sudah mula mengaitkan bahawa hudud wajar dilaksanakan di negeri Kelantan bahkan dalam Malaysia juga kerana ini boleh dikaitkan dengan perkara 3 ( Islam sebagai agama rasmi).  Hudud merupakan undang-undang Islam yang telah termaktub dalam Al-Quran sejak azali lagi.  Perlaksanaan hudud juga tidak pernah menzalimi mana-mana pihak, bahkan mengangkat martabat seorang muslim itu pada tempatnya.  Mereka juga turut melahirkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kerana Islam di negara Malaysia tidak seperti di Myanmar, dimana orang Islam ditindas oleh orang buddha kerana Islam tidak diiktiraf sebagai agama rasmi di Myanmar.
Selain itu, mereka juga turut melahirkan rasa bangga menjadi bangsa Melayu yang berada di negara Malaysia yang harmoni ini.  Ini terbukti apabila, mereka turut mengaitkan dengan keistimewaan yang diperolehi oleh orang melayu ini mernerusi perkara 153 yakni hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.  Mereka menyenaraikan satu demi satu kelebihan yang diperoleh oleh orang Melayu berbanding kaum lain, iaitu kelebihan dari segi biasiswa, tanah rizab Melayu, jawatan dalam perkhidmatan awam dan sebagainya.  Mereka juga turut melahirkan rasa bangga menjadi warga UITM, kerana UITM merupakan satu-satunya Universiti di Malaysia yang mengangkat martabat orang Melayu untuk terus maju ke hadapan.

Apakah ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan?
Ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan untuk modul “Terjah isu Perlembagaan” ini ialah dengan memberikan lebih banyak masa kepada mahasiswa yang terpilih untuk memastikan mereka bersedia berkongsi maklumat dan kefahaman yang ada.  Modul ini mungkin boleh dilaksanakan dalam tempoh 2 bulan bagi mendapatkan hasil yang lebih memberangsangkan dari mahasiswa.  Selain itu, penambahbaikan boleh dilaksanakan dari segi bilangan responden yang turut serta dalam modul ini.  Perlaksana perlu berusaha lebih gigih lagi, untuk mencari sekurang-kurangnya 2 orang wakil mahasiswa daripada setiap fakulti untuk diuji kefahaman mereka mengenai isu perlembagaan.  Melalui cara ini, perlaksana dapat mengenal pasti mahasiswa dari fakulti mana yang lebih cakna tentang isu perlembagaan ini.
Perlaksana modul juga perlu mengadakan survey secara pukal mengenai kefahaman mahasiswa.  Survey ini boleh dilaksanakan dengan cara mengedarkan borang survey di sekitan kawasan Universiti untuk dijawab oleh golongan pelajar.  Melalui kaedah ini, perlaksana dapat mengenal pasti berapa peratus mahasiswa yang betul-betul faham tentan isu perlembagaan ini. 

REFLEKSI DIRI ANDA SELAKU YANG MELAKSANAKAN MODUL

Refleksi diri selaku yang melaksanakan modul:

Sepanjang melaksanakan modul, saya pelajari bahawa isu-isu semasa amat penting untuk kita semua perlu ketahui supaya kita dapat mengambil berat tentang keadaan sekeliling kita.  Ianya juga penting bagi kita memupuk semangat patriotism dalam diri kita.  Modul ini mengajar saya supaya untuk menjadi lebih peka akan sistem perlembagaan kita pada masa sekarang.  Tidak semua isu semasa yang boleh dijadikan sebagai penunjuk ajar sahaja.  Semuanya perlu diambil sebagai pengajaran kepada kita semua supaya kita dapat aktifkan diri kita lagi dalam perlembagaan dalam Malaysia.  Tidak semua peka akan system perlembagaan Malaysia dan modul ini membuktikannya bahawa sesetengah daripada kita hanya mengambil berat akan perkara yang berlaku di luar negara sahaja.  Ini adalah tidak patut sama sekali.  Modul ini mengajar saya supaya menjadi seorang warga Malaysia yang bukan sekadar mengambil tahu akan sistem perlembagaan negara kita, malah mengamalkannya supaya negara kita menjadi sebuah negara yang aman serta makmur.  Dalam akhir kata, modul ini amat memberi pengajaran kepada saya supaya sentiasa peka dengan keadaan yang berlaku di sekeliling.

Adakah kekuatan diri ditemui?

            Sepanjang melaksanakan modul ini, saya dapati saya sudah menjumpai kekuatan diri saya yang telah lama terkubur dalam diri saya.  Saya mendapati, kekuatan saya ialah untuk menegakkan dan mencari arah kebenaran yang betul untuk memastikan kesahihan setiap perkara yang disampaikan.  Kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah sentiasa yakin bahawa kita boleh melakukannya demi mempertahankan agama Islam serta negara.  Jikalau negara tidak betul, maka ianya juga salah sama sekali.  Negara kita perlu berpandukan agama Islam kerana Islam adalah agama utama kita semua.  Segala yang berlaku perlulah berpatutan dengan syarak Islam. Kekuatan diri saya dapat diasah lagi dengan mempelajari segala benda yang berkaitan dengan Islam dan perlembagaan kerana kedua-duanya berkait rapat antara satu sama lain.  Jikalau Islam terpisah dengan perlembagaan, maka mundurlah sesebuah negara itu.  Tidak semua yang berlaku perlu dijadikan isu semasa seperti penceraian artis ataupun hal-hal khabar angina menceritakan tentang artis-artis tertentu.  Dalam akhir kata, modul ini memberi kekuatan kepada saya untuk terus berjuang demi menegakkan kebenaran untuk Islam dan negara kita. 
KESIMPULAN DAN PENUTUP

                    Berdasarkan modul yang telah dilaksanakan, kajian mendapati perlaksanaan modul ini adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya mengetahui isu-isu semasa yang berkaitan dengan perlembagaan Negara Malaysia.  Isu-isu perlembagaan mendepani pelbagai isu semasa seperti yang dilaksanakan didalam modul ini.  Antaranya isu berbangkit termasuklah isu hak ketuanan bangsa Melayu, Bahasa Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi dan kedudukan Raja-Raja Melayu.
                    Modul ini dihasilkan bagi memenuhi kriteria objektif yang telah dirangka bagi memastikan setiap individu memahami pentingnya  mengetahui isu-isu semasa dan kefahaman tentang perlunya mengetahui perkara-perkara yang ada didalam perlembagaan.  Didalam perlembagaan penting untuk kita fahami bahawa pemeliharaan keluhuran yang berada didalam perundangan itu sendiri. 

                    Berdasarkan objektif-objektif yang telah digariskan didalam modul ini pelaksanaan lebih banyak menekan aspek kesedaran dalam memahami perlembagaan Negara itu sendiri.  Jika dilihat, mahasiswa masa kini kurang membaca dan ilmu sekadar di muntahkan di dewan peperiksaan dan kelayakan yang dimiliki hanya untuk memenuhi kriteria pekerjaan, serta sebagai jaminan masa hadapan yang cemerlang.   Keperluan mahasiswa cakna tentang ilmu perundangan adalah untuk mendepani cabaran masa hadapan yang kita tidak lagi ketahui.  Harapan daripada pihak pelaksana modul agar kesedaran ini  dapat lagi dicungkil di dalam minda mahasiswa-mahasiswa harapan bangsa khususnya kepada mahasiswa UiTM, dan umumnya kepada mahasiswa-mahasiswa harapan Negara.


RUJUKAN

1)  Agama Islam Sebagai Agama Persekutuan






















2)  Hak Keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
di-Malaysia
- eprints.usm.my/.../Pengaruh_Golongan_Elit_Pemerint...
dimainkan-parti-politik-kata-sekretaria
perbalahan-isu-sensitiviti-agama-dan-kaum
perkauman-sensitiviti-kaum/
comango-sentuh-sensitiviti-umat-islam
melayu.html
ketua-polis-Negara/ 


3)  Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi

- www.myjurnal.my/public/article-download.php?id=72370

- www.kkmm.gov.my/.../Kod%20Etika%20Penyiaran%20TENDER.pdf

- http://zhan09.blogspot.com/2010/08/pencemaran-bahasa.html

- eprints.utm.my/.../Persepsi_Wanita_Islam_Luar_Bandar_Terhadap_Peng...

- www.bharian.com.my/node/60178

- http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=1814

- bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2011/02/laras-bahasa-iklan.html

- irep.iium.edu.my/.../Peribahasa_Gambaran_Minda_Melayu_dalam_Penc...

- dinakan.tripod.com/karya/karya33.htm

- www.themalaysianinsider.com/bahasa/.../jawatankuasa-akan-ditubuh-cari...


4)  Institusi Raja Berlembagaan
- dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/.../1/Siraj_II_6_69-78.pdf
- dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/.../1/Siraj_II_8_91-112.pdf
- journalarticle.ukm.my/2384/.../Che_Mohd_Aziz_Yaacob_38_(1)_2011....