Bermula dengan langkah pertama

Bermula dengan langkah pertama
Jika bukan kita siapa lagi? ayuh!! pemuda-pemuda pewaris anbiya mengasak hingga tiada ruang bagi jahilliyah terperosok!

Sunday 20 October 2013

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..
Nikmat diberi menjadi umat Muhammad (Sa lallahu alaihi wassalam)..aku sungguh beruntung! tapi sejauh mana aku hargai pengorbanan baginda S.A.W?

Debar, sepi, dan pilu diri bila kisah kewafatan Nabi diceritakan..
Baginda wafat disisi Aisya' 

Baginda S.A.W memikirkan umat saat Baginda menghadapi sakaratul maut..pedih yang tertanggung di janji kan malaikat izrail adalah selembut-lembut kerana ditarik melalui ubun-ubun Baginda..namun dipinta untuk mengumpulkan segala kesakitan maut umatnya supaya diberikan pada.. begitu pilu. Namun Allah melarang Baginda.

Jibril A.S menuruti jua ketika baginda kesakitan, namun Baginda inginkan khabar gembira dari Jibril. khabar pertama yang menjanjikan Baginda akan di sambut oleh para bidadari, namun khabar tersebut belum menggembirakan hatinya.  Jibril memberi khabar kedua, para malaikat berkumpul di hujung langit untuk menyambut roh baginda.  Namun, berita itu turut tidak mengembirakan Baginda.  "Khabar berita gembira bagi ku Jibril" Rasulullah S.A.W meminta, khabar ketiga berbentuk, Umat mu wahai Muhamad akan di bangkitkan di akhirat berbanding umat-umat yang lain. Allah..khabar tersebut telah menggembirakan hati kekasih Allah..

Renungan, keindahan akhlak, keluhuran budi, ketaatan Baginda ya Rasulullah memahat pelbagai jutaan hati pemuda-pemudi, mujahid dan mujahidah sepanjang perjuangan Baginda S.A.W untuk memenangi Islam di dalam diri.


Selawat keatas Baginda


Ya Allah rahmati junjungan kami Rasulullah S.A.W , keluarga, kaum kerabat dan para sahabat Baginda.

Allah..Orang paling Mulia yang ku kenal, kerdilnya aku, mohon diri aku jua turut mengalir darah perjuangan Baginda sehingga akhir perjuangan..  Allah ya Rabb

No comments:

Post a Comment